Tuesday, October 14, 2008

KESEDARAN

Pasti anda (atau tidak) dan mungkin ramai yang menyatakan, "alah, kesedaran rupanya.. Macamlah aku tak tahu benda tu". Satu sahaja yang ingin saya soalkan kepada mereka yang berkata begitu, "jika anda tahu, adakah anda ada kesabaran, kesungguhan dan sifat konsisten di dalam melakukan sesuatu?". Jika ya, betullah anda sudah memiliki unsur kesedaran tersebut. Dan jika betul, maka insyaAllah anda akan memiliki satu blog yang berjaya.

Mengapa Kesedaran? Orang yang tahu atau sedar apa yang dia lakukan, tidak cepat putus asa, bersabar di dalam mendapatkan hasil, bersungguh di dalam usahanya sebab dia sedar apa yang dia lakukan perlukan kesungguhan. Di sedar dengan sebenar-benar sedar, jelas di hatinya.

Saya sengaja meletakkan unsur-unsur dalaman di dalam siri tip ini, kerana unsur sebegini amat jarang diketengahkan. Kebanyakan orang hanya menumpu pada teknik zahir sahaja, maka tidak pelik jika timbul tekanan pada diri sendiri kerana unsur zahir terlebih berbanding unsur dalaman. Sebab itulah tidak kekal lama di dalam usaha menjana pendapatan di internet akibat adanya ‘tekanan’ yang membuat diri bertambah keliru, hilang pertimbangan, cepat putus asa dan buntu.

Ketahuilah, anda akan mendapat kekuatan di dalam melakukan sesuatu termasuklah di dalam 'blogging' walaupun ia tampak mudah. Perkara kecil atau besar, ia mesti dilakukan dengan sebaik-baiknya kerana hasil yang dimahukan hasil yang baik bukan? Perkara kecil atau besar, anda mesti lakukan dengan sebaik-baiknya.

Maka, utamakan unsur dalaman beserta dengan unsur zahir (teknik promosi, pemasaran, hal teknikal) dan insyaAllah walau datang apa sahaja masalah, anda pasti menghadapinya dengan senyuman dan hati yang tenang. Kerana, anda sedar apa yang anda lakukan.

Kata akhir bagi tip ini adalah: "Orang yang sedar di dalam melakukan sesuatu adalah orang yang menggunakan fikirannya sebaik yang mungkin iaitu akal anugerah Ilahi. Dari kesedaran, wujud ciri kesabaran, kesungguhan dan konsisten dalam dirinya KERANA dia sedar apa yang dilakukan memerlukan kesungguhan, kesabaran dan usaha yang istiqamah (konsisten)".